Sunday, May 8, 2011

Kisah kau dan aku..

Coretan ini ditujukan pada seseorang yang telah mengingatkan saya kepada dia 
kerana dia sudi mengingati saya..
kenapa saya buat coretan ni?? 
sebab saya tak tahu bagaimana caranya utk meluahkan dari perkataan yang panjang lebar..
biarlah ianya menjadi kenangan antara saya & dia..

cinta pertama kita
sentiasa aku ingati
walaupun ketika itu
tiada apa yang ku mengerti
hanya perasaan indah dan senyumanmu
di dalam memori

kenangan itu aku bawa ke mana-mana
hingga aku buntu
pernah terfikir untuk mencari 
tapi aku tak tahu caranya
walaupun sebenarnya kau ada dekat padaku

kenapa kau tak menjerit memanggil namaku
kerana mungkin ku kan mencari suara itu
kenapa terlalu lama kau berdiam membisu
kenapa kau sanggup menahan hatimu
hanya kerna kau tidak tahu isi hatiku

ketahuilah bahawa
sekiranya kau mencariku pada ketika itu
aku mungkin akan menyahutmu

kini..
apakan dayaku
kau ku ketemu
di saat kau dan aku tidak memerlu
hanya kisah suci itu menjadi kenangan
antara kau dan aku... 

1 comment:

  1. wohoiiiii!!!

    sadis2..
    MELATI....dengarlah ku menyahut namamu...(dr tmpt yg xberape nk jauh)
    hakhakhak....

    ReplyDelete