Thursday, June 23, 2011

Bubur Lambuk SIMPLE!!

Arini puasa sunat Rejab ngan Melor. Then terpikir2 plak nak masak ape untuk juadah buka puasa kitorang.Maka dengan gigih meng'google' resepi2 kat internet.pastu siap sms Melor mintak persetujuan die.Hajat dihati nak wat lempeng cecah kari kentang je..tuptup time kat dalam bas masa perjalanan pulang dari opis aku terlena siap tersengguk2 lagi and bermimpi nak ubah menu.Hasilnye inilah yang aku masak.Kali ni tak mintak persetujuan Melor pun.sebab aku tau mesti die setuju punye if aku masak ni.sebab menu ni memang peberet kitorang.



Bahan A:
300g daging - dipotong kecil2
1 tin beras (sukatan tin susu F&N)-dibasuh
Air (kene lebih macam masak bubur nasi)

Bahan B:
2 sudu besar rempah sup serbuk
Rempah tumis (kayu manis & d geng)-sikit2 jek
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
*bawang-bawangan hendaklah ditumbuk/dikisar guna pengisar kering
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan C:
Mix vegie
Garam

Cara-cara:
1. Masukkan bahan A kedalam periuk besar dan tanak sampai mendidih & daging empuk
2. Tumis bahan B dengan minyak di kuali lain (macam nak wat sup)
      - Tumis bawang2an & rempah tumis sehingga naik bau dan sedikit kekuningan
      - Kemudian masukkan rempah sup dan kacau sebati.
3. Masukkan Bahan B yang siap ditumis kedalam periuk (Bahan A) yang sedang mendidih.
4. Masukkan Bahan C dan tunggu sehingga nasi kembang/ jadi bubur.
5. Hidangkan dengan cili-bagi yang nak pedas.*boleh juga digantikan dengan lada sulah

Sorry kepada K.Rina kerana telah buat akak liur.pasni akak bley wat sendiri & makan ngan baby k..hihi..

No comments:

Post a Comment