Saturday, August 17, 2013

ALLAH lebih tahu..

Sikap manusia memang susah dimengertikan..kita tak sepatutnya mengharap balasan diatas kebaikan yang telah kita buat pada manusia lain..cukup dengan sekadar ucapan terima kasih..itupun sepatutnya kita tak boleh ungkit kerana pertolongan ikhlas yang diberi adalah lebih bermakna dan pasti akan dikenang kelak..tapi mungkin kita tak berada di situasi mereka..dan mungkin kita tak faham apa masalah yang mereka alami..apa tujuan sebenar mereka melakukan sesuatu perkara yang kita rasakan ia adalah keputusan yang salah dan sebenarnya keputusan itu berpunca daripada diri kita sendiri..tapi perlukah manusia dijadikan sebab manusia lain melakukan keputusan yang salah? Setelah dikurniakan akal fikiran dari ALLAH? Perlukah manusia itu meneruskan keputusan salah mereka jika tahu keputusan itu bakal menyeksa dan membuatkan mereka menderita?Adakah kerana terlalu terdesak atau disebabkan desakan daripada manusia2 lain? Sesungguhnya amat kasihan kepada manusia seperti itu tapi nasi sudah menjadi bubur..Aku tak mampu melihat mereka terseksa lagi..Jadi biarlah mereka buat keputusan di atas kaki sendiri jika nasihatku tidak lagi diambil peduli...hanya doa yang mampuku iringi diatas kesejahteraan dan kebahagianmu wahai sahabatku....semoga kau bahagia bersama pilihanmu..aku harap kau akan ketemu cinta yang kau cari..aku redha dengan keputusanmu kerana kau tak pernah menghalang keinginanku...aku hargai apa yang kita pernah lalui bersama..saat suka suka yang takkan aku lupakan...detik2 indah dan gelak ketawa yang takkan berakhir dari kotak ingatan ni...semoga persahabatan kita akan kekal hingga ke akhirnya walaupun aku dan kau kini mempunyai haluan berbeza..

No comments:

Post a Comment