Friday, May 23, 2014

7 HARI DETOX

Salam wahai pembaca blog kesayanganku..Ya ALLAH lamanya lahai tak update blog ni.Dah macam rumah tinggal je.Nasib baik blog tak berhantu disebabkan tuan blog yang sungguh 'RAJIN' ni kan.

Hari ni excited sikit sebab nak cerita la testimoni aku yang tetiba merajinkan diri nak men'detox' kan badan yang dah membulat macam ape ntah ni. Keinsafan untuk mendetox datang selepas dapat tahu encik suami nak balik malaysia lagi seminggu. Aku dok sebok tanya2 dgn bff aku yg badan ala2 pelakon hindustan cara2 nak selim macam dia(bff aku ni dancer.penari memang la selim je kan). So beliau dengan gembiranya memberi tips diet detox 7 hari ni pada aku yang gajah ini..huahuahua

Kang apa la en suami cakap plak.Kene tinggal 2 bulan ingatkan kurus sebab berendam air mata rupa2nya idok!! Makin membulat plak jadiknya..Yelah, makin rindu aku makin membedal..stress kat opis, aku membedal jajan hape2 je. So, aku tekad utk cuba Detox 7 Hari ni.

Day 1 : Buah-buahan semata. 
Breakfast/Lunch: Aku beli buah potong kat area opis aku je. Total RM 8 sampai ke petang. Pastu minum air 2L sepanjang hari.Asek muka aku je aritu masuk n kuar toilet.lebih 5 kali la kalau tak silap.
Dinner: Aku buat fruit salad. Lapar giler masa ni.

Fruit Salad Epal, Kiwi & Anggur
Day 2 : Sayur-sayuran semata
Breakfast: Wholegrain sandwich with salad, cucumber & pepper.
Lunch : Sup sayur (curly flower,carrot & dry toufu)
Dinner : Garden Salad

Lunch : Sup sayur- tanpa garam. Hanya pepper sebagai perasa.

Dinner : Garden Salad with salad dressing.
*tapi malam diet ke 2 tu melor menggoda aku suh makan lontong yang dia masak. So aku cuma amek sayur kuah lodeh & sambal sotong je.....bersama 4 ketui nasi impit...so dah dikira cheat on 2nd day detox..ni suma salah melor la ni..hampeh..

Day 3 : Buah2an & Sayur2an
Breakfast:Fruit Salad by me
Lunch : Detox Juice by Juicework (Immuno Kick: carrot,orange & apple)
Dinner : Ceaser Salad by Apartment



No comments:

Post a Comment