Friday, July 4, 2014

Doaku

Doaku pd Puasa hari ke-6

Rasa macam baru masuk bulan Ramadhan.pejam celik dah Ramadhan ke-6.Alhamdulillah wa syukrillah kerana Allah masih bagi kesempatan padaku utk mengerjakan rukun islam ini.Walaupun tanpa suamiku disisi utk mengerjakan ibadah ini.Semoga suamiku sihat dibawah perlindunganMu Ya Allah.Kau permudahkanlah urusannya dan lancarkanlah segala-galanya.Semoga kau berkati hubungan ini walaupun kami berjauhan.Malaysia-Vietnam hanya dipisahkan dengan jarak,bukit bukau,lautan dan pelbagai ciptaanMu.

Alhamdulillah hari ni diberikan kesempatan utk sama-sama duduk didalam majlis ilmu di surau ofis.Bertadabbur bersama kawan2 perempuan dan muslimah lain.Didendangkan dengan ayat suci Al-quran.Merdu dan sungguh menyentuh kalbu.Mengingatkan kepada segala dosa-dosaku.Betapa kerdilnya aku disisiMu.Betapa ruginya aku diwaktu dulu kerana tak menyelami kandungan QalamMu dikala umur remajaku.

Betapa untungnya sang penceramah telah dipanggil ustazah dikala usia baru 20-an.Betapa cantiknya dia dimataku Ya Allah.Di umurnya sudah hafaz ayat2 Al-quran.Dikurniakan suara yang merdu dan bibit2 ceramahnya yang menginsafkanku.

Ya Allah,kau berikanlah aku kekuatan utk mengharungi hidupku yg aku tak tahu apa yang telah kau rancangkan utkku.Semoga aku menjadi seorang hambamu yang sentiasa bersyukur diatas segala nikmatmu, sentiasa bersabar diatas segala ujian.Aku hanya mampu berdoa dan berusaha.Jadikanlah aku seorang isteri yang taat kepada suamiku.Bimbinglah kami menjadi hambaMu yang sentiasa mengerjakan segala suruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu.Kurniakanlah kami zuriat2 yang soleh dan solehah disisiMu.

Kau lindungilah ibu dan bapa kandungku,ibu dan bapa mertuaku,adik2,saudaramara,jiran2,sahabat baik dan insan2 yang aku sayangi daripada bencana dan malapetaka yang dahsyat.Ampunkan dosa2 mereka.Berikanlah rezeki yang halal agar mereka sentiasa menjadi hambaMu yang soleh dan solehah.Permudahkanlah urusan harian mereka dan berikanlah mereka masa yang mencukupi utk mengimbangi urusan dunia dan akhirat.



No comments:

Post a Comment