TIP DAN CARA

TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN JUALAN BUNGA KONVO

Merujuk pada entry yang saya kongsikan dengan anda sebelum ni tentang cara memulakan bisnes jualan bunga di majlis konvokesyen , hari ini saya nak sambung sedikit berkenaan strategi dan tips untuk mengurangkan risiko kerugian .

Tips ini memang saya praktikkan setiap kali melakukan perniagaan jual bunga. Tips ini juga boleh di aplikasikan kepada perniagaan lain.

1. Datang awal 

Memandangkan team kami terdiri daripada 2 perempuan (termasuk saya) dan seorang lelaki maka kami akan sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain. Saya akan pastikan kami sampai di gerai sebelum jam 7 pagi. Ini kerana ramai ibu bapa dan keluarga pelajar yang berkonvokesyen sudah sampai di dewan dan berjalan-jalan di sekitar gerai-gerai bunga untuk mendapatkan jambangan bunga . Di kala gerai-gerai lain belum memulakan operasi perniagaan, kami dah sampai di situ dan dah buka gerai. Peluang jangan dilepaskan, betul tak? Alhamdulillah setakat ini, target jualan kami tercapai bila praktiskan cara ini.

2. Berdoa

Perkara pertama yang akan kami lakukan bila sampai ke gerai ialah kami akan menghadap ke gerai kami dan berdoa. Antara doa yang kami amalkan ialah kami akan membaca Ayat Kursi (7x) dan Surah Al-Insyirah. Ayat Kursi sebagai pendinding agar dijauhkan dari segala irihati dan perkara-perkara ghaib. Surah Al-Insyirah agar ALLAH melancarkan dan permudahkan urusan perniagaan kami. Anda juga boleh baca surah atau doa menarik rezeki yang lain.

3. Kira stok pagi (MULA) dan petang (TUTUP)

Disebabkan kami menjalankan perniagaan secara CONSIGNMENT , jadi setiap stok yang kami ambil atau yang berbaki (tidak terjual) akan kami rekodkan. Aktiviti berkenaan stok hanya dipegang oleh seorang sahaja iaitu kembar saya Melor. Melor akan rekodkan semua stok di awal pagi dan juga sebelum tutup gerai. Melor juga bertanggungjawab untuk deal dengan supplier berkenaan bayaran dan pengambila/pemulangan stok.

Sampai sini sahaja untuk hari ini. Nanti saya sambung lagi ye..TQ

To be continue...




2 comments:

  1. Hi melati blh tak saya nak email kamu atau pun no contact ke yang boleh saya tanyakan lebih lanjut mengenai business jual bunga ni?

    ReplyDelete
  2. Hi melati blh tak saya nak email kamu atau pun no contact ke yang boleh saya tanyakan lebih lanjut mengenai business jual bunga ni?

    ReplyDelete