MY STORY

Assalamualaikum wbt

Saya mempunyai masalah kurang keyakinan diri setiap kali memperkenalkan nama kepada orang lain. Kebanyakkan orang baru yang saya temui rata-rata tak percaya dan ada sesetengah membalas pelbagai soalan pelik kepada saya. Mungkin bagi sesetengah orang, pelik bernama klasik di era tahun 2000-an ini . Namun saya tak akan salahkan sesiapa. Malah kadang kala sikap rendah diri tu boleh menambahkan keyakinan saya kerana mempunyai nama yang unik dan senang diingati.

Hai, nama saya MELATI BT MD HODARI. Jangan tanya nama panjang atau bertanya adakah ini nama sebenar saya atau soalan-soalan yang sukar untuk saya jawab. 

Ya, memang itu sahaja nama saya. Tiada SITI, tiada NUR mahupun nama lain sebelum nama MELATI.

Ringkas, cantik, unik dan klasik, bukan? Lol

Teruskan kesetiaan anda dengan mengikuti cerita dan perkongsian dari saya ya..mmuahh

Comments

Popular Posts