CARA MENJUAL 42 BOTOL AIR FRESHENER DE'XANDRA DALAM SEHARI MELALUI OFFLINE & ONLINE

Idea marketing tak putus-putus sejak terjebak dengan De'Xandra September 2018 yang lalu sebagai Dropshipper. KakTi buat mana yang termampu sahaja. Alhamdulillah dapat Leader yang sangat supportive dan pada bulan pertama join De'Xandra , KakTi achieved target sale & dapat reward from leader. Semangat makin berkobar-kobar nak buat sales.

Macam-macam marketing strategy KakTi cuba dan apply. Nak tahu cara apa yang paling berkesan untuk naikkan sales? Tak lain dan tak bukan ialah dengan cara 'direct approach'. 

Ya, KakTi pun mula-mula agak gementar dan gugup. Pelbagai persepsi awal KakTi dah buat sebelum mencuba. Betullah kata orang, nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. Bila sekali dah melangkah dan dapat momentum, memang tak syak lagi yang cara ini adalah cara yang paling berkesan. Paling membanggakan ialah KakTi mampu pecah rekod diri sendiri menjual 30 botol Air Freshener pada kawan-kawan sekerja dalam masa 1 hari dengan cara direct approach sahaja.

"Alaa...bolehlah..KakTi bekerja, staff satu floor hampir 100 orang...memang senanglah nak jual"

Itu lah kata-kata yang sering di lemparkan daripada mereka yang tidak mempunyai peluang seperti KakTi. 

Baiklah..KakTi faham dan senyum sahaja.

Nak kongsi pula cerita kisah perjalanan KakTi ke Johor pada 10 October 2018 yang lepas berbekalkan stok De'Xandra Air Freshener sebanyak 60 botol. Niat pada mulanya nak ambil stok lebih dari Agent tapi terpaksa dibatalkan sebab kekurangan modal. Hehe

Keesokan paginya iaitu pada 11 October 2018, KakTi bawakan 14 botol Air Freshener ke sekolah mama dan 10 botol ke tempat kerja ayah (bagi komisyen juga pada mama & ayah ya..hehe).  Dalam masa yang sama KakTi announce / post juga di Facebook untuk pengetahuan penduduk yang tinggal berdekatan dengan rumah mama jika ada sesiapa yang berminat untuk dapatkan De'Xandra Air Freshener. Alhamdulillah 24 botol yang KakTi bawakan untuk mama dan ayah habis dijual dalam masa sehari. 

Pada petangnya pula KakTi melawat makcik di Kota Tinggi dan alhamdulillah 12 botol beliau ambil untuk dijual di sekolah. Dalam perjalanan pulang, KakTi terima order melalui whatsapp dari dua orang kawan di kampung minta COD 2 botol ke rumah (setiap seorang 2 botol , KakTi set minimum order untuk COD 2 botol dan ke atas..hehe). 

Sedang rehat-rehat lepas solat, terima lagi order melalui Whatsapp dari seorang kawan yang tinggal di Johor Bahru. KakTi terus asingkan ordernya dari stok dan masukkan ke dalam plastik . Esok pagi memang KakTi akan melalui Johor Bahru sebelum masuk ke Singapura.

Malam tu, terima order terakhir dari sahabat Kakti di KL yang mahukan 2 botol De'Xandra Air Freshener bauan Rose. Maka, total sales yang masuk pada 11/10/2018 sahaja ialah sebanyak 42 botol. Itu KakTi tak jual di tempat kerja KakTi yang ada 100 staff tu tau. 

Masih beralasan lagi ke? Jawab lah sendiri..Hmmm..

Stok yang tinggal 18 botol KakTi bawa masuk Singapore dan semestinya dengan baki yang sedikit itu beserta haruman dan nama De'Xandra yang telah tersebar luas, maka kesemua stok habis dijual dikalangan makcik dan pakcik di sana.

Rekod jualan ini merupakan rekod terbesar dalam hidup KakTi selama KakTi terjebak dengan dunia perniagaan. KakTi pun tak sangka yang KakTi mampu dengan izin Allah Maha Esa.Pokok pangkalnya NAK atau TAK sahaja.

Nanti KakTi kongsikan lagi kaedah marketing yang lain di entri seterusnya ya.

DAPATKAN DE'XANDRA AIR FRESHENER DI SINI





Comments