RENDANG AYAM TUA / PENCEN NOXXA

RENDANG AYAM TUA / PENCEN NOXXA


Selalunya berapa lama masa yang di ambil untuk kakak-kakak masak rendang ayam pencen/tua ni? Hah..makan berejam kan nak bagi betul-betul empuk? Dengan Periuk Noxxa, tak perlu risau nak kena tunggu, nak kacau sentiasa atau kena lap dinding dapur dek mengacau rendang. Masa memasak pun jadi lebih cepat dan mudah. Masa yang berbaki boleh digunakan untuk bersantai dan aktiviti lain.

Rendang ayam pencen Noxxa


Bahan-bahan:
1 ekor ayam tua/pencen (di potong 12)
1 kotak kecil santan KARA
1 keping asam keping/ 1 cawan air asam pekat
2 sudu besar kerisik
1 kiub ayam Maggi
2 sudu besar gula perang / gula merah / gula melaka
1 paket kecil perencah rendang ADABI
2 helai daun kunyit (di hiris halus )
3 helai daun limau purut (di hiris halus )
Minyak untuk menumis

Bahan kisar kering (tanpa air):
5 ulas bawang putih
3 biji bawang merah (size medium)
2 batang serai (dihiris bulat sebelum dikisar)
2 inchi lengkuas
20 biji cili kering (direbus terlebih dahulu)

Cara memasak:

1. ON suis utama. Tekan button STIRFRY. Tuang minyak masak ke dalam inner pot. Tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan kisar. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak , kemudian masukkan perencah rendang ADABI dan kacau. Masukkan ayam dan kacau rata dengan bahan tumis. Masukkan gula, garam, kiub ayam, santan, kerisik dan asam keping. Kacau rata.


2. Tutup tudung periuk dan pusing hingga LOCK. Tekan butang OFF di panel periuk NOXXA. Kemudian, tekan butang HP (High Pressure) 30x (30 minit - untuk ayam pencen , 10 minit- untuk ayam muda). Tinggal sahaja tak perlu tunggu. Boleh sediakan bahan memasak yang lain/sidai baju/menyapu/main dengan anak/etc..hehe


3. Ketika dalam mode HP, pastikan tombol di pusing ke PRESSURE



3. Selepas 30 minit, periuk akan mengeluarkan bunyi BEEP menandakan masa memasak sudah tamat. Release steam dengan memusingkan tombol ke STEAM

AMARAN: Jauhkan muka anda dari tombol sewaktu release wap. Wap sangat panas. Tudung periuk juga tidak boleh dibuka selagi wap tidak release habis.

4. Buka penutup dan masukkan daun kunyit & daun limau purut. Kacau rata. Tekan button STIRFRY jika ingin rendang lebih kering dan tidak berkuah. 



Comments