TEKNIK MEMULAKAN BISNES MENJUAL BUNGA SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN/GRADUASI

Bisnes menjual bunga di majlis konvokesyen adalah satu bisnes yang sangat tinggi margin keuntungannya walaupun bisnes ini adalah bisnes bermusim. Tapi jika anda tahu cara dan strateginya pasti anda akan mengaut keuntungan yang sangat lumayan dalam masa yang singkat.

Pengalaman saya selama hampir 10 tahun melakukan bisnes ini secara 'part-time', banyak mengajar saya selok belok berkenaan perniagaan selain dapat meningkatkan kemahiran dan kreativiti saya. Di sini saya nak kongsikan serba sedikit ilmu yang mungkin boleh diguna pakai bagi anda yang ingin memulakan perniagaan secara 'part time' atau 'full time'.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengenalpasti cara perniagaan anda. Maksudnya ialah sama ada anda ingin hasilkan produk sendiri atau menggunakan teknik 'consignment'. Bagi anda yang masih baru dan tiada kemahiran untuk menghasilkan produk sendiri anda dinasihatkan agar menggunakan teknik 'consignment'. 

Consignment ialah teknik dimana peniaga mengambil barang daripada pemborong tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal dan barang yang tidak dapat dijual dikembalikan kepada pemborong selepas aktiviti jualan tamat dengan syarat-syarat yang telah dipersetujui antara pemborong dan peniaga. Keuntungan pula dikira mengikut pecahan peratusan atau secara komisyen. 

Risiko kerugian untuk teknik ini adalah sangat rendah kerana peniaga tidak perlu mengeluarkan sebarang modal dan dapat mengurangkan labor cost dan operation cost. Walaupun tanpa modal, peniaga haruslah mempunyai skill sampingan seperti perlu mengetahui teknik asas mengikat riben, teknik pemasaran dan penjagaan stok yang baik. 

Eh, kenapa teknik mengikat riben perlu kepada peniaga? Ok saya jelaskan disini. Kebiasaannya produk yang diambil daripada pemborong rata-rata tidak mempunyai riben atau finishing. Dengan adanya skill mengikat riben , anda dapat membuatkan pelanggan impress kepada anda. Tambahan jika anda adalah seorang lelaki. Teknik ini saya praktikkan kepada peniaga dan saya memang akan ajarkan dari A to Z . Rata-rata peniaga akan mendapat pujian daripada pelanggan dan sekaligus dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan untuk beli daripada mereka.

Teknik pemasaran juga adalah teknik yang penting kerana tanpa strategi jualan yang baik anda akan mengalami kesukaran untuk menarik pelanggan datang ke gerai anda. Antara teknik yang sering saya ajarkan kepada peniaga adalah berikan sesuatu benda percuma kepada pelanggan contohnya berikan kad ucapan, riben atau air mineral secara percuma. Ini kerana, kebanyakkan gerai yang menjual bunga di konvekesyen tidak memberikan offer seperti ini. Anda bayangkan jika anda adalah pelanggan, dengan harga jambangan bunga segar yang tinggi, keadaan cuaca yang panas dan banjiran manusia yang ramai boleh menyebabkan emosi pelanggan terganggu. Jadi cara ini dapat meredakan dan menceriakan pelanggan yang beremosi tadi.

Peniaga juga haruslah pandai menjaga stok terutama stok yang cepat rosak seperti jambangan bunga segar yang memerlukan jagaan yang lebih cermat . Jambangan bunga segar perlu di spray setiap 2 jam untuk mengekalkan kesegarannya. Jika jambangan bunga segar tidak dapat dijual pada hari tersebut, peniaga perlu mengosongkan air yang bertakung di dalam jambangan dan perlu menggantikan dengan air bersih pada keesokan harinya sebelum gerai dibuka atau sebelum jualan bermula . Cara ini boleh memanjangkan hayat bunga antara 2 hingga 3 hari. Jika jambangan bunga masih belum terjual lebih dari 3 hari maka peniaga perlu memberitahu pemborong dengan segera. Jambangan bunga masih boleh diselamatkan jika tindakan segera diambil oleh peniaga sekaligus dapat mengurangkan kerugian kepada pemborong.

Peniaga juga perlu mencatat stok yang diambil setiap hari daripada pemborong dan stok keluar masuk jualan. Penjagaan stok yang baik dapat mengurangkan risiko kerugian peratusan keuntungan dan komisyen kepada peniaga malah dapat meningkatkan kepercayaan pemborong kepada peniaga. 

Ingin tahu lebih lagi berkenaan perniagaan ini atau mahu mengetahui teknik dan tips untuk memulakan bisnes anda ?


















Comments

  1. Wah. Info yang lengkap dan menarik.

    Terima kasih puan.

    U r marketing genius!

    Salam perkenalan,
    Www.natrahmohamed.com

    ReplyDelete
  2. Wah. Info yang lengkap dan menarik.

    Terima kasih puan.

    U r marketing genius!

    Salam perkenalan,
    Www.natrahmohamed.com

    ReplyDelete

Post a Comment