BUBUR KACANG HIJAU DURIAN NOXXA

RESEPI BUBUR KACANG HIJAU DURIAN NOXXA

Petang ni KakTi nak kongsikan resepi dessert mudah yakmat, cuma 20-25minit sahaja diperlukan untuk menyediakannya. Semestinya menggunakan periuk tekanan NOXXA.



Bahan-bahan:

370gm kacang hijau (dibasuh dan ditos)
3 sudu besar isi durian (ikut suka nak letak banyak mana)
2 ketul gula melaka (dihiris halus)
2 helai daun pandan (disimpul)
1 kotak kecil santan Kara
Sedikit garam
10 cawan air untuk rebusan (ikut kepekatan yang anda inginkan. Kalau suka cair, boleh tambah lagi)

Cara penyediaan:

1/ Masukkan kacang hijau yang sudah di basuh ke dalam inner pot periuk NOXXA. Tekan butang STIRFRY dan sangai (goreng tanpa minyak) kacang hijau hingga naik bau . Petua orang dulu-dulu, nak bagi sedap katanya.

2/ Masukkan air. Tutup tudung periuk Noxxa hingga LOCK dan tekan butang HP 15x  (15minit). Pastikan tombol di pusing ke PRESSURE.

3/ Tunggu sehingga periuk mengeluarkan bunyi BEEP dan pusing tombol ke STEAM & release hingga wap habis dikeluarkan.

4/ Tekan butang STIRFRY dan masukkan bahan-bahan yang lain. 

5/ Kacau sehingga mendidih dan siap!

MUDAH BUKAN?

Comments